Wednesday, January 29, 2014

Mengalah bukan KALAH

MENGALAH tak beerti KALAH.
Bila kita perlu mengalah?
Salah satunya ialah apabila pertengkaran itu telah masuk ke fasa yang terakhir iaitu PERPISAHAN
Jadi mengalahlah kamu untuk kebaikan.
Ketika itu, buanglah segala rasa sakit yang terselit dihati,
dan cubalah memperbaiki kembali.
Agar tidak merana diri dikemudian hari.
Benar!
Memang sakit tapi adakah kamu rasa sakit hatimu itu lebih besar dari sakit kamu kehilangan dirinya?
Dan adakah kamu ingin mengulangi kesilapan yang sama seperti dahulu?
Tidak bukan?
Jadi butakan matamu seketika.
Pekakkan telingamu sebentar.
Biarkan hatimu itu hancur berderai
Biarkan rasamu itu beku seperti tidak punya perasaan
Biarkan..
Untuk seketika.
Dan KAMU!!
Ya KAMU si penghancur hati ini.
Jagalah lidahmu itu.
Jika ingin diri ini menjagamu
Jagalah tingkahmu itu jika ingin aku tetap di situ BERSAMAMU.
Aku ini manusia sama seperti kamu.
Tiada siapa yang sempurna didunia ini.
Jadi terima aku apa adanya diriku sepertimana aku menerima dirimu apa adanya kamu.


*Siapa yang mampu mencapai muhumu bila mana kau juga seorang MANUSIA -By cela

Wednesday, January 22, 2014

Ujian itu tanda DIA sayang

Hidup adalah untuk diuji.
Ujian itu tidak akan ada hentinya.
Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup.
Jadi bersyukurlah…
Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh.
Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar…

Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati. Semoga dengan itu kenal kita kepada Allah makin tinggi… dan akhirnya, cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat. Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu petanda kenal kita belum sempurna.

Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Ke situlah perjalanan hati ini sewajarnya dipacu. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang baik.

Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu. Dengarlah ‘bisikan’ tarbiah Allah di sebalik segala mehnah (ujian). Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting.

Dalam hidup, peganglah prinsip ini untuk bahagia. Prinsip yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW dalam apa jua ujian yang melanda… “aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakanku!”

Monday, January 20, 2014

Isteri cerdik yang SOLEHAH

Isteri cerdik yang solehah 
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran 
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan 
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan 
Dia ibarat simpanan ilmu 
Semoga kekal untuk diwariskan


Mengapa WANITA harus dihormati??

Wanita tinggi martabatnya di sisi Islam, sehingga bidadari dari syurga pun mencerembui..
"Jangan jadi wanita seperti bulan yang sering ditatap, tetapi jadilah wanita seperti matahari yang bersinar, yang sinarnya menyilau si Adam agar tidak mampu dilihat dengan mata kasar, tetapi dilihat dengan mata hati yang ikhlas."

Mengapa wanita selayaknya dihormati? Pertama kerana dia adalah pelengkap tulang rusuk bagi lelaki, yang menjadi pelengkap kepada lelaki untuk dia sentiasa ada disisinya.

Di dalam hadis riwayat Al-Bukhari dan muslim ada berbunyi:

"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu."

Di dalam hadis ini menegaskan bahawa wanita selayaknya dihormati dan dikasihi dan jangan sesekali disakiti. Wanita yang dirujuk sebagai isteri adalah pelengkap bagi suami. Hanya lelaki yang budiman sahaja yang layak menjadi pendamping buat si isteri.
Wanita juga selayaknya dihormati kerana hanya wanita sahaja yang mempunyai rahim untuk melahirkan setiap umat di dunia ini. Wanita yang mempunyai rahim juga diibaratkan seperti seorang yang penuh dengan kasih sayang. Dengan rahim anugerah Allah itulah dia mengandung selama 9 bulan. Melalui saat-saat getir ketika melahirkan zuriat,berkorban kasih dan nyawa demi menyambung zuriat untuk suami tercinta..

   Lelaki harus ingat betapa besarnya fadhilat bagi wanita yang mengandung.
Melalui petikan dari buku Riwayat Bidadari Syurga,

 "apabila seorang wanita hamil, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah swt akan mencatat baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan."

Subhanallah, sayangnya Allah kepada wanita. Jadi,mengapa wanita harus dikasari, harus disakiti.. Benar..wanita banyak kerenahnya, dan wanita juga banyak inginnya, maka jadilah lelaki yang budiman yang sentiasa sabar melayan kerenah isteri, kerana dia sudah banyak berkorban kepada mu, dan kasihkan wanita (isteri) selayaknya, kerana dia juga selayaknya menjadi pendamping mu disaat kamu memerlukan dia..

Wanita juga selayaknya dihormati kerana, wanitalah yang menyediakan segala kelengkapan untuk keluarganya dari segi pakaian, makan dan minuman. Dalam era moden ini, sudah ramai wanita yang berkerjaya tetapi masih mampu menjalankan tanggunjawab sebagai seorang isteri. Saya melihat dari pengalam seorang daripada saudara saya. Kerjayanya hebat, sibuk dengan kerja di luar, tetapi sangat besar pengorbanannya kerana tidak pernah mengabaikan keluraga terutama suami dan anak-anak. Walaupun dia punya pembantu rumah, tetapi setiap keperluan makan dan minum suami dan anak-anak tetap diutamakan.. Walaupun penat bekerja, masih lagi mampu membanting tulang untuk menjaga keperluan keluarga. MasyaAllah hebat betul wanita ini, dan yang paling hebat dia masih lagi tidak lupa dan taat pada perintah Allah.Wanita beginilah yang selayaknya dihormati oleh kaum Adam.

Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri di atas dua kakinya dan menyediakan makanan untuk suaminya sehingga muka dan tangannya kepanasan api, maka diharamkan muka dan tangannya dari dibakar oleh api neraka. Jika saya merenung bait-bait ayat ini, saya berasa alangkah beruntungnya seorang wanita bergelar isteri. Memberi seteguk air buat suami juga telah dijanjikan pahala dan syurga, apatah lagi jika dirinya cedera ketika menyediakan juadah untuk keluarga?

Bagi wanita yang belum bersuami, jangan gusar. Menyediakan hidangan atau berbuat baik kepada kedua ibu bapa juga dijanjikan syurga. Pokok pangkalnya dalam hati kita, kita lakukan dengan iklhas lillahita'ala..
"Manakala seorang wanita yang menguli tepung dengan membaca 'bismillah' maka rezekinya akan diberkati oleh Allah swt" Jadi marilah kita sama-sama merebut 'hadiah' ini kerana ini memang janji Allah.

Allah menjadikan wanita dengan air mata sebagai teman yang paling dekat. Wanita tidak menangis kerana sedih semata-mata, tetapi wanita juga menangis kerana bahagia. Air mata wanita mudah mengalir bukan kerana dia manja, tetapi wanita menangis kerana Allah jadikan hatinya sangat lembut, sehingga dia mudah berasa simpati dan empati yang sangat luar biasa. Adakala wanita hanya menangis di dalam hati, berpura-pura bahagia, semata-mata ingin melihat orang yang disayangi berasa tenang. Namun ada juga wanita yang menangis kerana ingin menzahirkan apa yang tersirat di dalam hatinya. Saya akui saya juga mudah menitiskan air mata. Kerana dengan air mata saya berasa insaf dengan kekhilafan diri. Kerana air mata juga membuatkan saya merasa lebih dekat dengan Allah. Kerana air mata juga menjadikan saya seorang yang rendah hati dan tidak berasa ego dan sombong. Tetapi percayalah air mata yang mengalir itu adalah bukti kejujuran dan keikhlasan seseorang dan uniknya air mata ini ialah.. ia mengalir hanya untuk orang yang dikasihi. Air mata tidak mudah untuk dititiskan oleh seorang perempuan, tetapi kerana sifat kejadiannya, yang mempunyai rahim, maka air mata itu  menjadikan dia seorang yang penyayang.. Hanya lelaki yang budiman dan lembut hatinya sahaja yang mampu mengelap setiap titisan air mata yang mengalir di pipi seorang wanita.

Imam yang baik tidak sekali mengherdik makmumya dengan alasan untuk mendidik. Tetapi imam yang soleh, lebih manis jika mendidik dengan penuh hikmah dan hemah. Makmum itu amanat dan tanggung jawab Dari ALLAH untuk mu. Wahai makmum yang solehah, taat dan patuhlah kepada imam mu selagi dia beriman kepada Allah dan tidak tersasar dari landasan agama Allah. Jadilah isteri cerdik yang solehah, penyejuk mata, penawar dihati imam mu. Rumah tangga yang berkah, ialah rumah tangga yang sentiasa diredhai Allah.

Baik yang sudah berkahwin atau belum, Wanita sememangnya layak dihormati dengan cara yang paling terhormat oleh lelaki. Ingatlah, wanita datangnya dari tulang rusuk lelaki, bukan dari  kakinya untuk berjalan di atas, bukan dari atas kepalanya untuk menjadi degil, tetapi dari sisinya untuk menjadi sama, di bawah lengan untuk dilindungi dan disebelah sisinya untuk dikasihi. Bagi sang Adam, andai ada seorang Hawa yang hadir dalam hidup mu, yang masih belum halal untuk mu, hormatilah dia selayaknya. Hargailah dia dengan cara yang paling terhormat,(akad) kerana, jika dia tidak ikhlas mengasihi mu sepenuh hatinya, dia tidak akan hadir dan terus bersabar menunggu mu, melayan setiap kerenah mu, menangis untuk mu dan menitipkan doa disetiap sujudnya. Dan sesungguhnya Allah mengirimkan dia untuk mu sebagai penyuluh buat mu dikala kamu kegelapan. Tegarkah kamu menyakiti dia? sedangkan dia setia mendoakan mu.

Allah mengurniakan kita tiga mata, dua mata untuk melihat yang nampak pada zahirnya, dan satu mata yang tersimpan di dalam hati, untuk melihat kejujuran dan keindahan hatinya.. Jadilah lelaki yang celik ketiga-tiga matanya, agar kamu tidak silap menyesal kemudian, dan jadilah kamu lelaki yang paling budiman untuk meletakkan wanita di tempat selayaknya di sisi mu, agar kedua kamu beringin sama menuju ke jalan Allah.  Amin ya rabbal 'alamin.
Wassalam

Sunday, January 19, 2014

Masih Menyintainya:'(

Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Tuesday, January 14, 2014

SUAMI..Ini tanggungjawabmu padaku ISTERI

ADIL

Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami.

Sabda Rasulullah SAW:

(Fear) God, (fear) God in the matter of women. They are weak partners, a trust from God with you; and they are made by the divine word permissible for you.

Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan. Suami hendaklah menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun disebutkan di atas sebagai mengawal isteri. Di sini, mengawal isteri bukanlah bermaksud mengawalnya sebagai hamba tetapi mengawal isteri itu daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam. Jika sesorang lelaki itu mengahwini lebih daripada seorang isteri, bermakna suami itu perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya. Suami hendaklah memenuhi keperluan isteri-isterinya tanpa melebih-lebihkan salah seorang daripada mereka. Suami perlulah mengaturkan jadual bermalam yang adil supaya tidak berlaku perbalahan sesama isteri dan juga dengan si suami yang akan menghalang pembentukan keluarga bahagia.

PEMIMPIN
Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.

Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.

Firman Allah

Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.

(An-Nisak:34)

NAFKAH

Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.

Firman Allah

“Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.”

(Al-Baqarah:233)

Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum. Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah.

Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.

PENDIDIKAN

Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.

Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya.

PELINDUNG

Si suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu si suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya. Hendaklah si suami memastikan bahawa si isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara:

Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.

(at-Talaq :6)

Menurut ayat di atas juga, suami bertanggungjawab menyediakan kediaman (yakni perlindungan) kepada si isteri. Suami hendaklah memastikan bahawa keselamatan si isteri adalah terjamin. Perempuan adalah kaum yang lemah, oleh sebab itu, sebagai kaum yang berdaya, suami hendaklah menjaga si isteri daripada sebarang bahaya. Untuk mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih sayang perlulah wujud antara suami isteri. Suami hendaklah memberikan kasih sayang kepada si isteri dengan menjaga hatinya dan melayannya dengan baik.

Suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap si suami. Jika si isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi oleh suami, maka si suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya asalkan ia tidak merosakkan peribadi si isteri dan si isteri tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam.

Sabda Rasulullah SAW:

Whoever of you whose wife behaves in a disagreeable manner and he responds by kindness and patience, God will give him rewards as much as job will be given for his forbearance.

Untuk memastikan bahwa si suami dapat bersabar dengan karenah si isteri, si suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah perlu supaya tidak terjadi perbalahan sesama sendiri walaupun punca masalah yang timbul adalah kecil sahaja. Si suami hendaklah bersabar dengan keletah si isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang ditanggung oleh si isteri ketika hamil, melahirkan anak dan mengasuhnya. Pada ketika inilah si isteri kadang-kadang bertindak mengikut perasaan. Oleh sebab itulah pada ketika ini, si suami hendaklah melayan si isteri dengan baik dan lemah lembut. Janganlah kerana perkara yang kecil sahaja maka si suami menengking si isteri itu. Akibatnya, rumahtangga akan menjadi goyah.

Jika terdapat kecacatan secara fizikal atau sebagainya, si suami hendaklah merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai. Apa-apa tanda yang terdapat pada tubuh si isteri, adalah menjadi amanah kepada si suami merahsiakan segalanya kerana ia boleh mengaibkan si isteri jika dihebohkan. Kita perlulah mengasihi semua anggota keluarga kita. Setelah berkahwin, semua ahli keluarga pihak si isteri akan menjadi keluarga pihak si suami. Oleh sebab itu, si suami hendaklah menyayangi keluarga pihak si isteri seperti keluarganya sendiri.

MELAYAN & MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK
Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim