Thursday, July 31, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Eid mubarak!!

Alhamdulilah syukur kehadrat Ilahi tahun ini saya dapat beraya bersama keluarga tercinta
Dan tahun ini
Semua ahli keluargaku telah pun bersatu
Walaupun tidak dapat menarik mereka untuk menjadi sebuah keluarga kembali,
tapi kami tidak lagi terpisah
Ini adalah kenangan paling terindah dalam hidup kami semua
Dan walau hanya sebentar berjumpa ayahda kami,
Tapi rindu kami telah terubat setelah sekian lama tidak bertemu
Syukur alhamdulilah
Dan tahun ini, kami semua beraya di kampung nenda Kuala Terengganu
Sangat meriah sambutannya dengan kehadiran semua sanak saudara juga sahabat yang sangat dirindui
Bermacam kerenah mereka yang membuatkan senyuman dibibir ini terukir
Bagiku..Raya tahu ini adalah raya yang sangat bermakna seumur hidupku..

Syukur



love you mom


and for all
Happy eid ok('',)

p/s:jangan makan banyak sangat lemang dan ketupat.Nanti over weight.Haha.Act pesanan buat diri sendiri..ok Bye

Berakhirlah kisah kita

Disaat hati gembira diterima bekerja di tempat orang,duka menyapa menjadikan hati ini hampa..Pada 9/8/14,malam itu daku mendapat pesanan ringkas dari seseorang cukup daku kenal.seseorang yang amat di kasihi..apabila melihat namanya hatiku berbunga riang..tapi bertukar sakit apabila isi nya daku baca..Air mata ini berderai apabila satu persatu pesanannya yang masuk daku lihat..akhirnya daku mengambil keputusan untuk menenangkan diri dengan sujud pada ilahi mengadu isi hati..tidak dapat menahan sebak daku ditenangi oleh ibunda yang sentiasa disisi..ibu yang tenang memberi nasihat mengambil talifon bimbitku lalu mematikan terus bagi mengurangkan tekanan dijiwa anaknya ini..dan malam itu daku berdoa agar akan bangkit esok pagi dengan satu semangat yang baru..Dan keesokkan hari,setelah siap menyiapkan diri dan kelengkapan untukku pergi mencari rezeki di tempat orang,talifon bimbitku capai dan daku hidupkan nya kembali..dan..apa yang ditakuti rupanya terjadi..itu adalah pesanan ringkas yang menjadi titik pengakhiran kami..hati yang pada mulanya sudah tenang kini berkocak kembali sehingga tiada semangat lagi diri hendak pergi..Tapi ibuku,dengan pantas mengerat tangan ini dan kata-katanya kali ini membuatkan daku redha dan bangkit dengan rasa tanggungjawab pada keluarga..Alhamdulillah..Kini daku sudahpun dalam perjalanan menuju kejayaanku..pengorbanan yang sangat berat terpaksa ku lakukan dimana berpisah seketika dengan anakda tercinta..Tidak mengapa Allah janjikan bahagia atas setiap pengorbanan juga kesabaran..Insyallah ini permulaan hidupku..Dengan lafaz bismillah daku pergi..Membawa keredhaan ibu dalam mencari rezeki dan ikhlas daku memikul tanggungjawab yang diberi dengan izinNYA daku boleh berdikari..Amin..

Kamu..Semoga bahagia kamu disana bersama kehidupan yang kamu pilih..Daku selalu mendoakan kesejahteraan juga kesihatan yang baik buat kamu..Daku benar sayangkan kamu juga hubungan kita dan sebab itu lah daku memberi kamu ruang untuk berfikir.Tapi begini jadinya..Mungkin ia baik untuk kita berdua..Dalam ilmu Yang Maha Esa..Sayangku..Tabahkan hati harungi hari mendatang ya..Walau diri ini tak banyak membantu tapi daku sentiasa mendoakan kebaikan buatmu..Wahai kesayangan..Andai kamu tahu bantuanku waktu susah kamu ketika kamu pergi meninggalkan daku,disaat kamu terkandas sewaktu temuduga mu dulu,pasti kamu membenci daku bukan?maaf kerana daku tidak akan berdiam diri apabila kakakmu memberitahu akan kesusahanmu..Tapi anggaplah itu bantuan dari seorang sahabat yang ikhlas membantu..

Dan kini..Bermulalah kisah hidupku yang baru..Bismillahirahmanirahim..

`sesungguhnya kita kepunyaan allah dan kepada allah jugalah kita kembali' 
pesanan yang ringkas dari ibuku tapi cukup besar impaknya bagi menyedarkan diri ini bahawa segala nikmat yang dipinjamkan milikNYA..Kita peminjam dan DIA punya hak mutlak jika nikmat itu di ambil kembali..Subhanallah..Besar kuasaMU ya Allah..

Semoga pengorbanan ini menjadikan daku manusia yang lebih baik dimasa akan datang..amin..

Thursday, July 24, 2014

Masihkah ada sayang?


Ya Allah
Aku RINDU
Aku PERLU

Hari demi hari kenangan hadir bersilih ganti
Hari demi hari rasa rindu datang tiada henti

Salahkah diri ini jika hadir RINDU dalam hati
Apa mungkin masih ada sayang aku kepada mu wahai pencuri
Telah hatiku kau curi kini engkau pergi
Tinggal aku sendiri
Menangis menyendiri
Sakit tiada siapa mengerti

Kini aku cuba mengunci hati
Tapi rindu itu sering hadir menyapa diri

Wednesday, July 23, 2014

Biarkan waktu-nice band

Ku lihat awan tak lagi berputar
Seakan berhenti semua hidupku 
Disaat kau pergi tinggalkanku

Ku tatap bintang tak bercahaya
Seakan meredup sinar hidupku
Disaat kau pergi tinggalkanku

Bisakah kau dengarkan
Hatiku bicara...
Menahan perginya langkahmu
Harus...aku terima
Perginya dirimu...
Biarlah waktu membawamu kembali

Dapatkah ku lanjutkan semua
Sisa hidupku tanpa dirimu...
Tetapi semua percuma tak bererti

Bisakah kau dengarkan
Hatiku bicara...
Menahan perginya langkahmu
Harus...aku terima
Perginya dirimu...
Biarlah waktu membawamu kembali

Biarlah waktu membawamu kembali

Sunday, July 20, 2014

Doa dalam sujudku

Ya Allah….
Seandainya telah Engkau catatkan… Dia milikku dan tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi…

Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan….
dia bukan miliku…
Bawalah dia jauh dari pandanganku….
Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti….
Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah..
agarku bisa bahagia…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan gantikanlah yang telah hilang….
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku…. kerana engkau mahamengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan diakhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan Engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dankemungkaran…

Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman…
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai…
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh…
Amin.. Ya Rabbal A’lamin

Saturday, July 19, 2014

Hak Isteri yang wajib keatas suami menurut Islam

Dewasa ini, kita banyak mendengar tentang berita-berita kes penceraian dalam keluarga Islam di Malaysia. Ada yang baru berkahwin tak sampai 2 minggu pun dah bercerai, padahal, bercinta bertahun-tahun.



Maka, kali ini kami ingin berkongsi tentang 10 Kesalahan Popular Suami Kepada Isteri yang banyak dilakukan terhadap isteri, yang mungkin menjadi sebab kepada peningkatan kes penceraian di Malaysia.

1. Tidak Mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada isteri

Banyak kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum haid dan nifas, berperilaku terhadap suami secara tidak syar’ie dan tidak mendidik anak-anak secara Islam. Malah, ada yang terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan.

Yang menjadi perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak dan menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dsb. Ini semua adalah kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan pula oleh suami.

Padahal Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Hai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang di perintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintakan”. Al-Quran, Surah At-Tahrim:6

Maka para suami diminta untuk tidak sesekali mengabaikan perkara ini kerana semuanya akan diminta dipertanggungjawapkan keatasnya. Hendaklah benar-benar mengajarkan agama kepada isterinya, baik dilakukan sendiri atau melalui perantara. Antara lain yang dapat dilakukan adalah dengan menghadiahkan buku-buku tentang Islam dan hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama. Kaset/cd ceramah agama, mengajak isterinya menghadiri majlis-majlis ilmu yang disampaikan oleh orang-orang yang berilmu dsb. Yang paling praktikal, ajaklah solat berjemaah di rumah bersama-sama.

2. Suka Mencari Kekurangan dan Kesalahan Isteri

Dalam satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w melarang lelaki yang berpergian dalam waktu yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana dikhuatirkan akan mendapati pelbagai kekurangan isteri dan kemudian akan mencela isterinya. Malah, suami diminta bersabar dan menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya.

Kerana suami juga mempunyai kekurangan dan celaan seperti sabda Rasulullah: “Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” H.R. Muslim

3. Memberi Hukuman yang Tidak Sesuai Dengan Kesalahan Isteri

Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, antara lain iaitu:
Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman. (Sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34)
Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie. (Sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq: 1
Memukul wajah, mencela dan menghina.

Dalam as-Sunan dan al-Musnan dari Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairi bahawa dia berkata: “Ya Rasulullah, apakah HAK isteri atas suaminya?

Nabi s.a.w menjawab: “Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkan dan tidak menghajar (boikot) kecuali di dalam rumah.” H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani

4. Culas Dalam Memberi Nafkah Kepada Isteri

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” Al-Quran, Surah Al-Baqarah : 233

Isteri BERHAK mendapatkan nafkah, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa sepengetahuan suaminya.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” Muttafaq ‘alaih

5. Sikap Keras, Kasar, Tidak Lembut Terhadap Isteri

Rasulullah s.a.w bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani

Maka suami hendaklah berakhlak baik terhadap isterinya dengan bersikap lembut dan menjauhi sikap kasar.

6. Kesombongan Suami Membantu Isteri Dalam Urusan Rumahtangga

Inilah kesalahan yang paling banyak menjangkiti para suami. Padahal lelaki yang paling utama yakni Rasulullah s.a.w tidak segan silu membantu pekerjaan isterinya.

Ketika Aisyah rha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w di rumahnya, beliau menjawab: “Beliau membantu pekerjaan isterinya dan jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” H.R. Bukhari

7. Menyebarkan Rahsia dan Aib Isterinya

“Sesungguhnya diantara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya dan isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” H.R. Muslim

Dalam hadis ini, diharamkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya terutamanya di tempat tidur. Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.

8. Sikap Terburu-buru Dalam Menceraikan Isteri

Wahai suami yang mulia, sesungguhnya hubungan antara engkau dan isterimu adalah hubungan yang kuat lagi suci, oleh kerana Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yang tidak boleh diremehkan kerana penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau bilaunya pendidikan anak dsb.

Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana Rasulullah s.a.w teleh bersabda: “Ada 3 perkara yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” H.R. Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh Albani

Memang perselisihan antara suami isteri sering terjadi sehinggakan kadang-kadang mengarah kepada penceraian. Akan tetapi penceraian ini tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam penyelesaian perselisihan ini. Malah, harus diusahakan berbagai cara untuk menyelesaikannya, keran kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan yang ditimbulkan dikemudian hari.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian dia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” H.R. Muslim

9. Berpoligami Tanpa Memperhatikan Ketentuan Syari’at

Bernikah untuk kali kedua, ketiga dan keempat merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Akan tetapi yang menjadi catatan di sini bahawa sebahagian orang yang ingin menerapkan syariat ini telah menerapkannya dengan tidak memperhatikan sikapnya yang tidak memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama dan anak-anaknya.

“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.” Al-Quran, Surah An-Nisa: 3

Sikap ini merupakan keadilan yang diperintahkan Allah s.w.t. Memang benar berpoligami merupakan syariat Islam, tetapi jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik dan tidak memenuhi syarat-syaratnya atau tidak boleh memikul tanggungjawabnya, perkara ini boleh menjuruskan kerosakan sesebuah rumahtangga, menghancurkan anak-anak dan menambah permasalahan keluarga dan juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah akibatnya dan perhatikanlah dengan saksama perkaranya sebelum masuk ke’dalam’nya.

10. Lemahnya Kecemburuan

Para suami membiarkan keelokan, keindahan dan kecantikan isterinya dinikmati dan dipertontonkan oleh orang ramai. Dia membiarkan isterinya menampakkan auratnya ketika keluar rumah, membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki lain. Malah, sebahagian orang bangga kerana telah memiliki isteri yang cantik yang boleh dinikmati ‘pandangan’ kebanyakan orang. Padahal wanita dimata Islam adalah makhluk yang sangat mulia, sehingga keindahan dan keelokannya hanya diperuntukkan atau dikhususkan untuk suaminya sahaja dan bukan untuk di’jaja’ kemana-mana pun.

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang BUKAN mahram.

“Ditusukkan kepala seorang lelaki dengan jarum dari besi lebih baik daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” Lihat dalam ash-Shahihah : 226

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya, dia akan memperhatikan sabda Rasulullah s.a.w: “Janganlah kalian masuk menemui para wanita.” Lalu seorang Ansar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan Al-Hamwu (kerabat suami)?” Beliau mengatakan, “Al-Hamwu adalah kematian.” Muttafaq ‘alaih

Perhatikan juga ancaman Rasulullah s.a.w terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri): “Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts” H.R. An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674

Dan ad-Dayyuts (dayus) adalah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.

Semoga bermanfaat buat kita semua.. InsyaAllah.