Kini..
Daku menarik nafas sedalamnya melepaskan segala yang daku sayang
Melangkah kaki ini meneruskan kehidupan
Walau rasa sayang ini masih tersisa, daku redha jika ianya pergi dan terus lenyap
Kerana kali ini daku memilih untuk bersendiri
Kerana daku tidak mampu menjadi seperti yang dikau ingini.Ye memang bukan daku.
Daku berharap segala kejayaanmu dahulu menjadi milikmu kembali setelah perginya daku yang dikatakan penyebab kejatuhan hidupmu kini..
Kejarlah segala kembali.Ini peluangmu.
Daku..
Kini tetap dengan pendirianku
Tidak akan menoleh kembali setelah kaki ini melangkah pergi
Cukuplah ianya menjadi sebuah kenangan.
Dan daku melihat dikau kini sudah bahagia.Dan sedang mencari pasangan baru untuk melupakan kenangan kita
Semoga berbahagia sayang
Semoga doaku masih bersamamu walau terlerai ikatan.
Semoga tiada kebencian yang terpahat dihati atas luka yang kau beri
Semoga segalanya kembali pulih seperti dulu sebelum kau belum ku kenali.
Hari demi hari
Perlahan-lahan rasa ini pergi
Bersama denganmu yang tak kembali
Dan jangan pernah dikau kembali
Kerana tiada ruang lagi dihati ini
Terima kasih kerana pernah hadir dan memberi sebuah kebahagiaan untuk daku rasai
Terima kasih kerana merawat luka dihati ini
Terima kasih kerana pernah menjadi pelindung saat disakiti
Terima ksih untuk semuanya daku hargai..
Selamat Tinggal Kenangan