Thursday, April 4, 2013

Pilih kasih dalam keluarga

Benda ini selalu sangat berlaku
Walaupun ibubapa mengatakan bahawa 'kasih sayang kami sama sahaja'
Tetapi apa yang mereka lakukan adalah berbeza-beza
Terkadang mereka sendiri tidak nampak atau sengaja buat tak nampak
Kesalahan anak yang kurang disukai sangat jelas dimata
Tetapi kesalahan anak kesayangan nampak indah semua

Kenapa mesti adanya sifat pilih kasih?
Salah satu faktornya ialah:-

Anak yang disayangi itu boleh dibanggakan
Mempunyai perkejaan yang bergaji besar
Mempunyai pekerjaan yang glamor

Anak pertama dalam keluarga
Anak yang pertama hasil buah cinta ibubapa
Ditatang bagai minyak yang penuh sehinggalah dia besar dan mempunyai adik yang lain

Anak yang pandai mengampu(membodek)
Pandai mengampu sehingga ibubapa mempecayainya
Sehinggakan anak yang disayangi itu diberikan apa sahaja yang diminta
Dan yang kurang disukai itu diabaikan
Hanya melihat sahaja tanpa merasa

Perlu ke pilih-pilih?
Kan semuanya anak darah daging sendiri 
Yang nak dibanding-bandingkan tu kenapa?
Ini lah salah satu sebabnya ada dendam dalam keluarga
Ibubapa yang tidak adil dalam memberi kasih sayang
Menyebabkan anak yang merasa terpinggil menyimpan dendam
Bila dah berdendam macam-macam boleh jadi
Subhanallah




No comments:

Post a Comment