Thursday, July 25, 2013

Dugaan

Tekanan!!
Macam-macam masalah.Belum pun satu masalah selesai,timbul pula masalah yang lain.
Tapi biasalah kan?Semua pun ada masalah
Dugaan ALLAH beri setimpal dengan kemampuan hambanya
Ianya datang dengan HIKMAH
Kadang kita merungut apabila hujan turun dengan lebatnya
Turunnya membasahi bumi
Tercari-cari kita dimana mentari
Rupanya kita nak melihat indahnya sang pelangi
Besarnya kekuasaan ALLAH
Apa yang ditanggung
Kesakitan yang dirasa
Kepahitan yang dilalui dengan penuh kesabaran pasti dibalas dengan sesuatu yang tak kita jangka

Barang siapa yang ALLAH mahukan kebaikan untuknya..
Nescaya DIA akan mengujinya dengan kesusahan..

يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين

Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]

Saturday, July 20, 2013

Nothing

Kita mungkin boleh tipu orang lain
Tapi tak diri kita sendiri
Walaupun mulut ni kata benci tapi hati masih sayang
Dan kita sebagai manusia, kenalah terima jika dia tercipta bukan buat kita
Jodoh pertemuan tu rahsia ALLAH.
Siapa kita nak mempertikaikannya?

Semenjak dua menjak ni hati ni macam berubah-rubah
Semakin dekat hari yang dinanti,semakin kuat dia dalam ingatan,semakin kerap dia dalam mimpi.
Adakah semua ni petunjuk ALLAH selepas istiqarah?
Atau cuma mainan syaitan yang mengelirukan untuk mengulangi kesilapan lalu?


Jika ditanya pada diri ini,
Adakah saya sanggup menunggu orang yang masih disayangi?
Jawapannya : Ya
Jika dia adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh ALLAH.
Dan jika ditanya lagi,
Adakah saya mampu memaafkan dia dan keluarganya atas apa yang telah terjadi?
Jawapanya : Entah
Saya juga manusia,Punya perasaan.Jika saya mampu memaafkan mereka,saya sangat bersyukur.
Persoalannya sekarang,adakah mereka itu manusia?
Sanggup memperlakukan manusia lain sebegitu rupa
Ya!Didunia ini kamu dipandang mulia
Tapi tidak disana
Allah mengetahui segala-galanya
Apa yang telah saya tanggung selama berrtahun-tahun
Derita siksa menyayangi orang yang tidak punya perasaan!