Kita mungkin boleh tipu orang lain
Tapi tak diri kita sendiri
Walaupun mulut ni kata benci tapi hati masih sayang
Dan kita sebagai manusia, kenalah terima jika dia tercipta bukan buat kita
Jodoh pertemuan tu rahsia ALLAH.
Siapa kita nak mempertikaikannya?
Semenjak dua menjak ni hati ni macam berubah-rubah
Semakin dekat hari yang dinanti,semakin kuat dia dalam ingatan,semakin kerap dia dalam mimpi.
Adakah semua ni petunjuk ALLAH selepas istiqarah?
Atau cuma mainan syaitan yang mengelirukan untuk mengulangi kesilapan lalu?
Jika ditanya pada diri ini,
Adakah saya sanggup menunggu orang yang masih disayangi?
Jawapannya : Ya
Jika dia adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh ALLAH.
Dan jika ditanya lagi,
Adakah saya mampu memaafkan dia dan keluarganya atas apa yang telah terjadi?
Jawapanya : Entah
Saya juga manusia,Punya perasaan.Jika saya mampu memaafkan mereka,saya sangat bersyukur.
Persoalannya sekarang,adakah mereka itu manusia?
Sanggup memperlakukan manusia lain sebegitu rupa
Ya!Didunia ini kamu dipandang mulia
Tapi tidak disana
Allah mengetahui segala-galanya
Apa yang telah saya tanggung selama berrtahun-tahun
Derita siksa menyayangi orang yang tidak punya perasaan!
Semoga anda diberi kekuatan menempuh hidup mendatang... >_<.. smile sokmo..
ReplyDelete