Monday, September 23, 2013

Ketika aku tahu

KETIKA AKU TAHU
Yang diri ini diperhati
Dirindui..
Juga dingati..
Aku terkedu tidak percaya
Kerana selama ini aku tidak pernah mengambil peduli tentang dirinya
Kerana bagiku dia hanya seorang sahabat
Tidak lebih dari itu
Dia juga tidak pernah berterus terang padaku selama ini
Sehingalah suatu hari, dia memberitahu akan pedulinya dia padaku

Persahabatan kami terjalin sejak April 2010,
Terpisah kerana aku membuat haluanku sendiri
Haluan dimana aku memilih untuk mengakhiri zaman bujangku
Menerima seseorang yang aku cinta menjadi peneman hidupku
Dan disebabkan itulah hubungan aku dan kau ternoktah disitu

Tetapi..
Tak ku sangka lagi diduga
Ajal Maut Jodoh Pertemuan semuanya tinggal rahsia
Mahligai yang dibina runtuh kerana kasih sayang tidak utuh
Sakit hanya Tuhan yang tahu
Pastinya  hikmah dari setiap yang berlaku

Pada April 2013
Persahabatan yang dulunya entah dimana penghujung, kembali terjalin
Yang pada mulanya masih sama seperti dahulu, SAHABAT
Bertukar apabila dua hati bersatu
Dua jiwa bertemu
Aku tertawan dengan keikhlasanmu
Aku terpikat dengan kelembutanmu
Aku jatuh cinta dengan kesabaranmu

Dan kini...
TikTokTikTok
Menghitung hari menunggu saat disatu setelah mendapat restu
Alhamdulillah
Semoga cinta ini membawa kita menuju syurga
Semoga akulah ketua bidadari buatmu diSANA
Amin

Luahan rasa ini

Dimalam ini
Inginku coretkan kisah duka 
Kisah luka yang tak mampu di bendung
Yang tak mampu aku selindung
Walau senyuman terukir dibibir
Sakitnya tak mampu aku pinggir
Aku cuma manusia yang inginkan rasa cinta
Cinta dari sebuah keluarga
Lengkap bersama kedua orang tua
Tapi takdir penentu segalanya
Walau perpisahan tidak dipinta
Tapi ianya akan tetap terjadi jika telah tertulis disana
Ya Allah
Berat benar dugaanmu
Sakit benar rasaku
Derita benar tangisku
Tapi...
Aku redha jika ini ketentuanNYA
Semoga aku dan semua kesayanganku sabar juga tabah dalam menerima
PERPISAHAN ini


Sunday, September 15, 2013

Story about Love:)

Ceritaku..

Tentang AKU,DIA dan KAMU..
Hehehe..Macam cinta yang bersegi-segi pulak kedengarannya.Hahaha
Actually..
Ini tentang AKU(saya sendiri) , DIA(mylovely son) , KAMU(mylove)
Kedua-duanya sangat penting buat diri ni

DIA: Muhammad Danish Naufal
KAMU: Muhammad Harsy

Kehadiran kamu berdua benar-benar membahagiakan hidup ini
Disaat susah mahupun senang,
Disaat suka dan duka,
Disaat sihat juga sakit,
Budak berdua ni lah ada dengan saya:)

Buat siboyot mummy,jadi budak yang baik ya..
Jadi anak yang soleh.Jangan buat mumy dan papa susah hati ya SAYANG

Dan buat papanya yang gemok..
JANGAN BERHENTI MENYINTAIKU:)
MESKI MENTARI BERHENTI BERSINAR
JANGAN BERUBAH SEDIKIT PUN
DIDALAM CINTAKU,
KUTEMUKAN BAHAGIA



 Semoga hubungan ini berkekalan hingga ke JANNAH..
Amin..



Sunday, September 8, 2013

Jodoh:(

Perancangan manusia..
Tidak mampu melawan perancangan PENCIPTA

Pernahkah anda merasa situasi sebegini?
Apabila sudah merancang berhabis-habisan, kita diduga dengan dugaan dimana perancangan itu tidak menjadi.
Diganti pula dengan rasa pilu kecewa apabila semuanya hancur
Tapi..Sebenarnya.ALLAH lebih tahu yang mana baik dan yang mana buruknya.
DIA telah aturkan sesuatu buat kita..Semua itu rahsiaNYA.