Monday, September 23, 2013

Ketika aku tahu

KETIKA AKU TAHU
Yang diri ini diperhati
Dirindui..
Juga dingati..
Aku terkedu tidak percaya
Kerana selama ini aku tidak pernah mengambil peduli tentang dirinya
Kerana bagiku dia hanya seorang sahabat
Tidak lebih dari itu
Dia juga tidak pernah berterus terang padaku selama ini
Sehingalah suatu hari, dia memberitahu akan pedulinya dia padaku

Persahabatan kami terjalin sejak April 2010,
Terpisah kerana aku membuat haluanku sendiri
Haluan dimana aku memilih untuk mengakhiri zaman bujangku
Menerima seseorang yang aku cinta menjadi peneman hidupku
Dan disebabkan itulah hubungan aku dan kau ternoktah disitu

Tetapi..
Tak ku sangka lagi diduga
Ajal Maut Jodoh Pertemuan semuanya tinggal rahsia
Mahligai yang dibina runtuh kerana kasih sayang tidak utuh
Sakit hanya Tuhan yang tahu
Pastinya  hikmah dari setiap yang berlaku

Pada April 2013
Persahabatan yang dulunya entah dimana penghujung, kembali terjalin
Yang pada mulanya masih sama seperti dahulu, SAHABAT
Bertukar apabila dua hati bersatu
Dua jiwa bertemu
Aku tertawan dengan keikhlasanmu
Aku terpikat dengan kelembutanmu
Aku jatuh cinta dengan kesabaranmu

Dan kini...
TikTokTikTok
Menghitung hari menunggu saat disatu setelah mendapat restu
Alhamdulillah
Semoga cinta ini membawa kita menuju syurga
Semoga akulah ketua bidadari buatmu diSANA
Amin

1 comment:

  1. Amiinnn... Ya Rabbal Alamin.............. smoga tuhan mendengar... kasih menuju jannnatul firdaus... Insya Allah...

    ReplyDelete