Thursday, March 28, 2013

Bau apa ni???

Malam ini malam jumaat
Ni yang best cerita kisah seram-seram ni
Nak cerita kisah yang jadi pada diri sendiri

Masa: Tak ingat yang pasti petang
Tempat: Bukit cahaya,Shah Alam


Masa ni saja ajak hubby pergi jalan-jalan(tak ada anak lagi)
Hubby suggest pergi bukit cahaya
Mula-mula ingat bukit tu banyak cahaya sana sini
Rupanya tempat riadah yang sangat nyaman, cantik dan tak bising-bising pun macam KL

Mula jalan-jalan pusing-pusing
Lepas tu sempat naik basikal sampai semput
Basikal boleh sewa tak situ tak perlu angkut dari rumah tau
Punya la jauh kami kayuh
Masa cerun syok je laju tapi masa berbukit bukan kita naik basikal,basikal naik kita:)
Pusing habis tempat
Dapat tengok rumah yang macam-macam mengikut negeri
Ada rumah Pahang,Terengganu,banyak lagi la
Tempat dia cantik sangat
Kalau tak percaya cuba pergi sekali
Bawa kawan-kawan keluarga or sibuah hati..Mesti seronok

Ok nak dijadikan cerita
Masa dah penat
Masa nak balik kami gelak-gelak cakap tentang siapa cepat pancit bila exercise
Tiba-tiba ada satu BAU
Bau tu wangi sangat-sangat
Aish siapa la datang hutan sembur minyak wangi satu botol ni
Tapi baunya tak macam minyak wangi
Baunya macam wangian bunga
Harum sangat
Bulu roma meremang habis tegak berdiri seram sejuk lah masa tu
Dan saya yang ngokngek ni pergi tanya hubby
'hubby bau wangi tak?'
Hubby yang sememangnya tahu cuma berdiam tapi dalam kereta kita kena beleter lah..Huhu
Tu lah mulut macam longkang lagi
Nasib baik sangat tak jadi apa-apa masa tu
Tapi macam tak seram je cerita ni
Tapi saya yang kena seram rasanya
Sebab bau tu PELIK sangat
Hubby pula konon buat rilek padahal macam saya tak tahu perangai dia
Penakut sampaikan hantu funfair pun boleh boleh pucat muka.Haha
Macam tu lah ceritanya

Moral of the story: 
Mulut jangan macam longkang,Nanti kena beleter potpetpotpet..




Resipi bubur jagung

Rasa-rasa nak kongsi resipi je hari ini
Resipi bubur jagung sagu
Ni sebab tadi petang ketung-ketang dekat dapur masakkan bubur ni untuk adik-adik
Rasanya yam-yam sampai habis licin berkilat pinggan
Ok jom kita kongsi-kongsi resipi ya

Bahan-bahan
Ofcoz la jagung kan..Nama pun bubur jagung
2 helai daun pandan
1 gelas santan
1 sudu sagu tapi nak lebih pun boleh saja
2 gelas air
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya
Mula-mula rebus jagung bersama sagu sehingga masak
Kemudian masukkan daun pandan
Kacau tau..Kalau tak sagu tu melekat bawah periuk
Masukkan gula dan garam secukupnya
Dah mendidih tu baru masukkan santan
Kacau-kacau tadaaaa.....dah siap ok!


Simple kan?
Memang la..Atas awak je rajin ke tidak nak buat
Selamat mencuba ya:)


Tuesday, March 26, 2013

Orang ketiga boleh dihukum


BERITA HARIAN 27 March 2013

Kuala Lumpur: Orang ketiga yang menjadi punca perceraian boleh dituduh sebagai penjenayah mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) di bawah Undang-Undang Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan.


“Tindakan atau hukuman denda RM1,000 dan penjara boleh diambil terhadap individu mahupun pihak ketiga yang mengganggu perkahwinan pihak lain sehingga menyebabkan perceraian.


Berdasarkan statistik, sebanyak 222,701 kes perceraian dalam kalangan orang Islam dicatat sejak 2001 hingga 2011 dan satu daripada punca perceraian disebabkan kehadiran orang ketiga. 


La.Baru tahu yang ada akta untuk mereka yang menggangu rumah tangga orang ni
Ingat tak ada
Mungkin mereka-mereka yang diganggu tak pernah tahu selama ni
Memang sangat setuju dengan benda ni
Memang sepatutnya orang ketiga tu dihukum
Memang tersangat sakit hati dengan orang yang menjadi orang ketiga
Tak kesah la orang ketiga tu perempuan yang merampas suami orang,
Lelaki yang menggangu isteri orang mahupun ahli keluarga yang campur tangan
Ianya tetap menjadi orang ketiga dan boleh didakwa jika dia yang menyebabkan terjadinya sebuah penceraian
Kenapa mesti ganggu suami/isteri orang?
Mereka akan menjawab 'takdir'
Tengkorang awak!
Dah kalau gatal dengan laki orang tu jangan nak salahkan takdir
Kononnya sanggup jadi isteri kedua padahal niat awak suruh lelaki tu ceraikan isteri pertama
Apa jenis perempuan la macam ni
Lainlah berpoligami yang mendapat persetujuaan dari isteri tua.
Ish panaslah hati bila bercakap mengenai orang ketiga ni
Yang pasti..KAU TANGGUNG LA DEKAT AKHIRAT NANTI!
Kenapa awak asyik focus kepada perempuan yang mengganggu suami orang enaz??
Hah!Memang tu pun niat tulis entri ni
Tapi tak boleh salahkan sebelah pihak
Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang??




Lidahku Panjang

Macam nak kongsi kisah-kisah seram yang jadi pada kawan
Ini disebabkan jari-jari saya yang rajin menaip pagi-pagi ni

Ok kita mulakan dengan kisah ini dengan Bismillah..

Ceritanya.......
Sewaktu dia dalam perjalanan pulang ke kampung halaman iaitu Kuantan
Di sebabkan kerjanya yang lambat habis jadi dia terpaksa bertolak balik dari KL ke Kuantan lewat dalam lebih kurang pukul 10 malam
KL ke Kuantan perjalanannya lebih kurang 4 jam
Kisah nya bermula sewaktu dihighway 
Jam masa tu lebih kurang 12 am
Malam tu dia balik sorang.
Jadi kalau dia balik sorang dia akan pasang lagu kuat-kuat
Lepas itu memekakkan diri dalam kereta
Oh ya..Lupa nak bagitahu.Kawan saya ni lelaki tau.Kalau perempuan tak adanya nak balik sorang jauh-jauh
Nak dijadikan ceritanya bila lagu yang rancak habis dan tukar pula dengan lagu yang mendayu-dayu
Lagu yang dia ceritakan tu ialah lagu Ukays-Seksa
Dengan feeling dia menyanyi sampailah part 'WALAUPUN LENAKU PANJANG..blablabla'
Dia dengar sambungan yang agak sayup tapi dapat dengar katanya
Suara tu turut menyanyi
Waw.Hantu moden..
Ok sambung balik
Suara yang sayup dan mendayu itu menyanyikan lagu tersebut dengan perbezaan liriknya
Iaitu 'WALAUPUN LIDAHKU PANJANG'
Dia yang dengar tu mula takut
Memang tak berani menyanyi
Tak berani bercakap 
Tak berani menoleh
Katanya karang menoleh tak pasal-pasal ada pula yang bertanya 'Abang ada air kosong tak?Tekak saya kering la nyanyi tadi" memang demam seminggu!
Lalu dengan perasaan takut tu dia cuba mencari RnR yang berdekatan
Disebabkan takut,
Dia berhenti di RnR Temerloh dan lepak situ sampai subuh
Dan selepas kejadian itu,dia akan pulang berteman jika terpaksa balik kekampung lewat malam.
Macam ni la yang dia ceritakan kan pada saya
Tak ada tokok tambah nasi tambah telur asin sayur kangkung ok
Memang original darinya
Ingat...
Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...





Semut dalam gua

Dalam banyak-banyak tempat,kenapa telinga juga menjadi tempat persinggahan wahai sang semut?

Aduh..
Berdengung-dengung rasanya
Padahal banyak lagi tempat yang suci murni bersih berkilat yang boleh awak lepak
Tapi kenapa disini?
Awak sesat ya?
Ololo...kesiannya..
Awak tak rasa nak keluar ke?
Lagipun dalam ni tak best la..
Meh keluar meh..

Macam mana cara nak keluarkan sang semut sebelum dia membuat sarang didalam telinga ni
Boleh ke dia buat sarang dalam ni?(berfikir)
Boleh jadi jugak kan
Sebelum dia beranak pinak punya anak cucu lebih baik cepat halau
Karang tak pasal pasal telinga saya ni menjadi projek pembangunan rumah-rumah mereka.
TAK MAHU!
Dah lah tinggal free free je
Karang dikokaknya telinga teman,NAYA..


Cara menghalau semut sesat yang dah masuk dalam telinga
Ini cari dekat google entah siapa-siapa punya tips saya ambil
Maaf ya yang punya blog('',)

(1)
Halakan cahaya pada lubang telinga
Contohnya gunakan LAMPU PICIT
Kenapa?
Sebab bila sang semut sesat,dia akan mencari jalan keluar melalui cahaya yang dia nampak
Tapi kalau semut itu seekor semut yang buta macam mana?
Gunakan cara yang kedua

(2)
Masukkan setitis dua air kedalam telinga
Selepas itu cuba tonggengkan kepala(betul ke ayat ni?) supaya titisan air tu keluar semula bersama si semut
Tapi kalau semut ni tak nak keluar juga guna cara ketiga




(3)
Kalau semut masuk telinga kanan, tutup telinga kiri. Tarik nafas dalam-dalam. Tutup mulut. Tahan nafas seberapa lama yg boleh. Kalau tak keluar jugak cuba lagi beberapa kali
Dia pasti tak dapat nafas dalam tu dan terkedek-kedek keluar dengan mengibarkan bendera putih
Percaya lah:)

Kalau tak jalan juga, u'all minta tolong seorang kawan
Duduk ditepi telinga dan pegang telinga yang dimasuki semut tu
Lalu suruh kawan awak tu cuba berinteraksi dengan si semut
pujuk semut tu suruh dia keluar.Boleh ehh macam tu??Erm?
Alah mana tahu kan dia semut yang dengar kata.Kan kan??
Tak salah mencuba tapi tak payah cuba pun tak apa.Saya ni ajar benda-benda mengarut je kerja
Cara yang paling mudah tapi melayang kepingan-kepingan wang anda ialah
Jumpa doktor.
Lagi selamat mudah.
Dan nanti bila dah dapat keluarkan semut tu,ambil simpan dalam balang.Buat kenangan:)
Hahahaha



Monday, March 25, 2013

Jangan jangan dan jangan


Jangan sayang seseorang sehingga anda tak nampak keburukkan dirinya
Jangan bencikan seseorang sehingga anda tak nampak kebaikannya
Jangan rendahkan seseorang sehingga anda tak nampak kejayaannya

Jangan berdendam kerana dendam akan buatkan dirimu hidup dalam kebencian
Jangan menghina kerana kamu akan termakan hinaanmu sendiri suatu hari nanti
Jangan berdiri diatas kesengsaraan orang lain kerana hidup ini ibarat roda

Miss Banana('',)

Aishiteru 3

Banyaknya AISHITERU


Kadang macam kelakar je sebab dah macam drama bersiri lagu-lagu zivilia band ni
Semuanya Aishiteru
Aishiteru 1 :Aiaiaishiteru...
Aishiteru 2 : Aishiteru bukti untukmu namun yang ku beri tak pernah kau hargai...blablabla..
Aishiteru3 : Tapi aku selalu Aishiteru..

Aishiteru 3
Ketika kau marah dan cemburu
Kau kelihatan begitu cantik
Walau kadang mengesalkan
Kau selalu bertanya dan penuh curiga
Ku tahu kau takut kehilanganku

Begitupun aku, maafkan yang
Selalu kasar marah padamu
Meski tak lagi ada kata
Cinta terucap, sekedar basa-basi
Tapi hatiku masih milikmu, milikmu

Cemburu tanda cinta, marah tandanya sayang
Kalau curiga itu karena ku takut kehilangan
Kalau dekat bertengkar, kalau jauh ku rindu
Jadi serba salah, buatku dilema
Tapi aku selalu aishiteru

Mengapa kau marah tanpa alasan yang jelas
Aku tak mengerti, angkuh dan egois
Acuh tak acuh padaku seakan tak peduli
Padahal kau butuh perhatianku

Begitupun aku, maafkan yang
Selalu kasar marah padamu
Meski tak lagi ada kata
Cinta terucap, sekedar basa-basi
Tapi hatiku masih milikmu, milikmu

Cemburu tanda cinta, marah tandanya sayang
Kalau curiga itu karena ku takut kehilangan
Kalau dekat bertengkar, kalau jauh ku rindu
Jadi serba salah, buatku dilema
Tapi aku selalu aishiteru

[japanese]
Cemburu tanda cinta, marah tandanya sayang
Kalau curiga itu karena ku takut kehilangan
Kalau dekat bertengkar, kalau jauh ku rindu
Jadi serba salah, buatku dilema
Tapi aku selalu ai-aishiteru, selalu ai-aishiteru



Saturday, March 16, 2013

Pantang larang Orang tua-tua


Pantang larang orang tua-tua dulu masih boleh diguna pakai ke?
Kadang-kadang pantang larang mereka agak ridiculous.
Antara pantang larangnya ialah:-

Anak dara jangan duduk ditangga nanti tak ada yang masuk meminang
Apa????
Apa kena mengena tangga dengan jodoh?
Sebenarnya orang tua dulu tak nak anak dara mereka duduk ditangga tidak kira tangga dalam rumah mahupun luar adalah kerana tak mahu mereka menghalang laluan dan tak nak anak dara mereka tayang muka di depan rumah.Boleh jadi juga kan?
p/s: Jodoh pertemuan ditangan TUHAN

Jangan duduk atas bantal,nanti montot bisul
Adakah dibantal itu punya kuman?
Sehingga boleh menyebabkan bisul?
Sebenarnya tak sopan kan benda yang letaknya dikepala di letakkan di montot?
Siapa yang duduk atas bantal lagi lepas ni babab montot ni biar dapat bisul

Jangan makan beralih tempat nanti kawin ramai
Jangan makan beralih-alih nanti tumpah sana sini
Karang tumpah awak nak kutip ke satu satu?
Tu dulu,sekarang tumpah kita sapu
Tak payah kutip-kutip
Sebenarnya tak sopan lah cik kak makan beralih
p/s: makan pun kena ada adab ya

Jangan potong kuku waktu malam,nanti umur pendek
Sebab dulu pakai lampu minyak tanah.Gelap.
Kalau potong kuku malam malam memang tak perasan yang separuh jari dah terpotong(merepek abaikan)
Sekarang lampu terang benderang
Potonglah lah kalau kuku tu dah macam langsuir
Tapi sila kemas balik ya kuku tu
Sebab bagi mereka yang ada anak kecik macam saya ni bahaya
Karang anak ingat muruku pulak keras-keras ni(bweeekk!)
p/s:Ajal maut TUHAN tentukan dan jaga lah kebersihan

Jangan menyapu waktu malam,nanti rezeki tak masuk
Jangan sapu waktu malam,nanti habuk terbang merata-rata tak perasan sebab malam gelap
Sapu esok pagi ya
p/s:Rezeki tu TUHAN tentukan

Jangan tinggal rumah kosong terlalu lama
Yang ni saya pun guna
Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriiiiiiii

Jangan duduk goyang-goyang kaki,nanti tak lepas hutang
Orang goyang kaki tandanya senang hati
Yang ni saya tak tahu
SKIP.Hehehe

Jangan makan pinggang diriba,nanti suami dikebas orang
Lebih kepada sopan/adab
Kalau tak pernah makan pinggan diriba tapi suami dikebas juga macam mana kak?
Entah la labu

Jangan menyanyi didapur,nanti kawin orang tua
Hahaha..Pantang larang ini yang paling famous
Ramai juga anak dara sekarang kawin dengan orang tua kan?Orang tua kaya
Hahaha.
Sebenarnya jangan nyanyi didapur nanti air liur awak tu masuk dalam lauk
Yam-yam masin-masin je rasa lauk ni



Jangan meniarap,kaki keatas nanti emak cepat meninggal
Sama juga lebih kepada adab.Tak elok dan tak sopan
Tak ada kena mengena pun dengan ajal maut

Jangan intai orang mandi,nanti mata ketumbik
Hahaha..Bila ketumbik je akan ada kawan-kawan tanya 'ni mesti intai orang mandi?'
Kan?kan?
Tak ada maknanya
Tahu tak bilik air zaman dulu macam mana?Just pakai zink kiri kanan depan belakang
Jadi diaorang tak nak yang gatal-gatal tu mengintai nak pula mengintai anak dara orang mandi
Zaman sekarang masih boleh buat?
Kalau u'all buat,ketumbik besar kaki yang u'all dapat
Hahaha
_________________________________________

Pantang larang ini semua wujud sebab anak-anak zaman dulu takut pada ibubapa mereka
Apa sahaja yang ibubapa cakap pasti diaorang ikut
Bukan nak kata anak sekarang tak ikut cakap family
Tapi patuhnya budak zaman dulu berbeza sikit dengan budak-budak yang hidup zaman moden ni.
Pantang larang ini boleh didengar tapi terlalu percaya JANGAN!
Takut sangkut kearah kurafat pula


Friday, March 15, 2013

Qada dan Qadar


Qada dan Qadar
Ianya salah satu dari rukun iman yang wajib kita percaya
 Penjelasan ini ada dibicarakan di dalam kitab-kitab aqidah dan perbincangannya agak panjang dan adakalanya begitu susah untuk difahami oleh kebanyakkan orang terutamanya bagi sesiapa yang baru menjejakkan kaki dalam perbincangan ilmu aqidah secara mendalam.
Sememangnya perkara aqidah ini memerlukan penjelasan yang sejelas-jelasnya. 
Para ulama mengatakan bahawa adalah tidak harus sama sekali untuk bertakliq di dalam persoalan aqidah. Saya berharap dengan tulisan ringkas ini akan memberikan kefahaman yang sempurna kepada semua pembaca pada persoalan qada dan qadar ini. InsyaAllah.

ERTI DAN BAHAGIAN QADA DAN QADAR
Qada bermaksud pelaksanaan. 
Adapun qadar bermaksud sukatan.
Terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Qada Mubram dan Qada Muallaq.

Qada Mubram: 
Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun.
 (Contoh: Mati pasti akan berlaku).Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
(Surah al-Anaam: ayat 59).
Qada Muallaq: Adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. (Contoh: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).

SEMUA PERKARA DI DALAM PENGETAHUAN ALLAH TAALA
Kedua-dua jenis qada di atas ini adalah di dalam pengetahuan Allah Taala. 
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
(Surah al-Anaam: ayat 59).
Segala perbuatan hamba adalah diketahui oleh Allah Taala melalui ilmu-ilmuNya. 
Hanya ianya terlindung dan tidak diketahui oleh hamba-hambaNya yang lemah. 
Kerana itulah kita disuruh untuk sentiasa berusaha dan taat kepadaNya kerana kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita nanti.

ANTARA BENTUK KETAATAN
Antara bentuk ketaatan adalah dengan berdoa kepada Allah Taala. Dengan berdoalah seseorang hamba itu akan merasakan dirinya lemah dan berhajat atau memerlukan kepada Allah Taala. 
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. 
Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Surah al-Baqarah: ayat 186).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Doa merupakan otak kepada ibadat.
(Riwayat at-Tarmizi).

SENTIASA BERUSAHA DAN BERDOA
Setelah diketahui bahawa segala usaha dan doa dari hamba akan didengar dan diambil kira oleh Allah Taala maka dengan sebab itulah perlunya seseoarang hamba itu untuk sentiasa berusaha dan berdoa. 
Namun segala usaha dan doa ini sudah tentulah di dalam kuasa dan ilmu Allah Taala. Kerana itulah ada dinyatakan bahawa manusia hanya berusaha dan berdoa tetapi Allah Taala jualah yang menentukannya. Disebabkan manusia tidak mengetahui qada dan qadarnyalah maka manusia perlu kepada usaha dan doa. Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
(Surah ar-Rad: ayat 11).

KONSEP QADA DAN QADAR
Keperluan kepada konsep qada dan qadar di dalam Islam adalah:
- Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala yang berlaku di dunia ini.
- Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini.
- Menyedarkan bahawa manusia itu lemah dan perlu kepada bantuan Allah Taala.
- Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya.

PERINGATAN
Peringatan daripada dalil hadis di bawah ini dapat mengingatkan kepada kita tentang bahayanya mempersoalkan dan memanjang-manjangkan perbincangan mengenai qada dan qadar ini tanpa sebab tertentu. Sebab itulah kebanyakkan para tok guru kita cuba mengelakkan diri dari berbicara mengenai qada dan qadar ini secara panjang lebar terutamanya kepada masyarakat awam.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila disebut tentang qadar maka diamlah…
(Riwayat Tabrani dan Abu Nuaim).

PENUTUP
Sebagai umat Islam yang beriman adalah kita diwajibkan mempercayai dan mengimani qada dan qadar. Segala yang berlaku adalah dari Allah Taala semuanya. 
Kita hanya mampu berusaha dan berdoa akan tetapi Allah Taala jualah yang Maha Berkuasa yang menuntukan segala sesuatu itu. Saya ingin sarankan agar kita semua dapat mempelajari ilmu aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah dengan lebih mendalam dan terperinci.

Wednesday, March 13, 2013

Ulcer.Apakah puncanya?


Me: Sori la awak,saya susah nak bercakap sebab mulut ada ulcer.
U: Ada ulcer?Orang cakap punca ulcer ni sebabnya kurang mandi.
Me:Amboi sedap mulut suka hati awak je kata kita ni kurang mandi
U: Hahahaha...............................................................................

Sebab ni la entri pasal ulcer ni muncul.
Awak nanti baca ya
Bukan sebab tak mandi or kurang mandi ok:)
_____________________________________________________

Apa itu ulcer?
Ulcer ialah luka kecil yang tumbuh didalam mulut
Tanda-tandanya bulat dan berwarna putih/kuning
Saiznya tidak melebihi 2 hingga 3 mm
Ia akan sakit apabila luka tersebut bersentuhan dengan makanan atau minuman
Ianya tidak berjangkit

Siapa yang sering mendapat ulcer?
Ia terjadi pada semua orang. Orang perempuan mungkin lebih kerap mengalaminya, terutamanya semasa mengandung dan pada waktu kedatangan haid.

Sebab terjadinya ulcer?
Cedera seperti tergigit, terkena benda yang tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya
Daya tahan sakit anda yang lemah
Kekurangan zat dalam makanan zat yang diambil
Tekanan perasaan(stress)
Alahan pada makanan
Mempunyai penyakit seperti SLE dan penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman
Pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).

Langkah-langkah pencegahan
Jauhi makanan yang terlalu banyak rempah.
Kurangkan air berasid.
Gunakan antiseptik untuk berkumur.
Letak gel untuk ulser di tempat yang kena. Persediaan OTC seperti Bonjela boleh diletak. Untuk yang lebih berkesan anda boleh dapatkannya dari farmasi.
Dan ubat yang sering saya gunakan bila terkena ulcer ialah

U'all boleh dapatkan benda ni di watsons
Minum air dengan banyak.
Letak sedikit ais di tempat yang kena untuk melegakan sakit.
Elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil vitamin B kompleks dan / atau Arcalion.
Ambil mineral zink dan zat besi.
Tambah pengambilan asid folik dan vitamin B 12.
Vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut.
Untuk meningkatkan sistem imune (daya tahan sakit), ambil lebih vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
Pengambilan probiotik seprti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau ambil yougurt) mungkin boleh membantu.

Buat pemeriksaan lanjut
Anda perlu membuat pemeriksaan lanjut sekiranya :
Ulser yang anda alami agak besar, melebihi 2 mm
Ulser berdarah.
Tidak sembuh dalam masa 3 minggu.


P/s: Anda perlu membuat pemeriksaan untuk menentukan keadaan sebenarnya. Ulser yang serius seperti di atas mungkin disebabkat6n oleh perkara-perkara lain seperti kanser mulut atau STD.

Monday, March 11, 2013

Syukur



Alhamdulillah
Semua urusanku kini mudah
Orang kata kalau kita mudahkan urusan orang lain,
Insyallah TUHAN juga akan mudahkan urusan kita
Bersyukur sangat semuanya dah pun selesai
Sebab semua ni dah saya tanggung bertahun lamanya
Dan saya terima semuanya 
Mungkin sebalik KESEDIHAN ini ada KEBAHAGIAAN yang menanti
Semoga kamu Bahagia ya SAYANG




Cara mengelakkan diragut

Sekarang ni gejala ragut makin menjadi-jadi
Yang ragut pulak tak ada hati perut sampai ibu mengandung pun diragutnya
Sampai ada mangsa yang cedera bahkan meninggal
Ish!
Melampau!!
Ni saya nak bagi tips sikit untuk elakkan diragut

Yang pertama
Jangan jalan berseorangan
Ajak la suami,adik,kakak,ibubapa,maksaudara,sepupu atau satu kampung jalan sama-sama
Kalau ada yang berani meragut jugak memang menempah tumbukan bertubi-tubi lah tu

Yang kedua
Simpan semua barang yang berharga bukan didalam handbag
Letak dalam poket
Kalau tak ada poket bawak beg plastik letak dalam tu
Kalau saya jadi peragut,saya takkan ragut plastik beg
Kalau korang??

Yang ketiga
Gantung handbag korang dileher
Komfem peragut cakap korang gila
Peragut ragut tak orang gila??

Yang keempat
Bawak benda ni bersama
Kalau memang diragut terpaksa lah korang guna
Tapi kalau korang larat lah bawa kehulu kehilir

Yang kelima
Janganlah jalan ditepi jalan
Tempat sunyi
Yang penting kalau berjalan di jalan raya
Jalan lah arah yang bertentangan
So korang nampak kereta or motor yang lalu
Kalau ada jugak peragut korang sempat lah lari
Kalau tak sempat??Entah lah labu

Ok ini antara tip yang tak berapa berguna tapi boleh lah kan nak guna
Tak salah mencuba

P/s:Mencegah lebih baik daripada merawat


Rm10 ke Rm20?


Duit ini kadang-kadang buat saya malu
Ish!
Duit pun pandai aibkan orang
Atau tuan duit ni yang tak pandai tengok nilai duit?
Boleh jadi jugak
Saya ni juling
That day
Beli barang dan sepatutnya berbagi dalam Rm20 dan sen sen
Saya yang tak berapa nak cerdik ni pergi tanya
'Akak ni sepuluh ke dua puluh'
Akak tu senyum n kata 'dua puluh la dik'
Saya malu sebenarnya masa tu tapi buat-buat sengih macam rilek je
Pastu akak tu cakap
'Tak apa,ramai jugak yang silap sampaikan ada yang marah sebab ingat kami bagi tak cukup'
Hahaha..Lepas pada tu kan..
Setiap kali dalam dompet ni ada RM20
Saya akan susun duit-duit dalam tu ikut susunan nilainya
Ringgit-sepuluh-dua puluh-lima puluh-seratus mungkin('',)
Hahahahaha
Ada tak orang yang silap macam saya eh?
Kalau ada,ikut lah cara saya
Insyallah korang tak malu lagi

P/s:malu itu sebahagian daripada iman


Mana kawan-kawan??


Baru sekarang saya perasan
Kawan yang benar kawan sangat sukar dicari
Kawan yang saya punya hanya kawan disaat ketawa
Disaat saya punya harta
Dan bila saya memerlukan kawan disaat duka
Aik??Mana korang??
Kenapa tak angkat call?
Kenapa korang menyepi je?
Mana korang pergi??

LUMRAH
Memang susah mencari kawan disaat susah
Tapi senang mencari kawan ketika senang


Jadi jika ingin berkawan
Berkawan lah dengan IKHLAS
Jika dalam persahabatan ada keikhlasan,maka hubungan itu tetap kekal 
Tidak kira disaat senang mahupun susah

p/s:Peringatan untuk diri sendiri juga

Mana SUDUnya??

Sudah perbagai produk digunakan
Tapi macam tak ada kesan je
Lemak-lemak ni still menempel tak mahu turun
Akhirnya jumpa produk terhangat ni


Dan hasilnya tersangat memuaskan
Dalam masa seminggu je
Dah nampak kesan
Tapikan tak tahu pulak yang dalam tin ni ada SUDU
Dah separuh guna,baru nampak yang rupanya memang ada sudu dalamnya
Beria-ria saya guna sudu susu anak saya..
Hahaha
Dan tentang susu ni
Sebenarnya tak suka sangat
Sebab soya ni setengah orang akan muak
Tapi untuk CANTIK saya redah saja('',)