Tuesday, March 26, 2013

Semut dalam gua

Dalam banyak-banyak tempat,kenapa telinga juga menjadi tempat persinggahan wahai sang semut?

Aduh..
Berdengung-dengung rasanya
Padahal banyak lagi tempat yang suci murni bersih berkilat yang boleh awak lepak
Tapi kenapa disini?
Awak sesat ya?
Ololo...kesiannya..
Awak tak rasa nak keluar ke?
Lagipun dalam ni tak best la..
Meh keluar meh..

Macam mana cara nak keluarkan sang semut sebelum dia membuat sarang didalam telinga ni
Boleh ke dia buat sarang dalam ni?(berfikir)
Boleh jadi jugak kan
Sebelum dia beranak pinak punya anak cucu lebih baik cepat halau
Karang tak pasal pasal telinga saya ni menjadi projek pembangunan rumah-rumah mereka.
TAK MAHU!
Dah lah tinggal free free je
Karang dikokaknya telinga teman,NAYA..


Cara menghalau semut sesat yang dah masuk dalam telinga
Ini cari dekat google entah siapa-siapa punya tips saya ambil
Maaf ya yang punya blog('',)

(1)
Halakan cahaya pada lubang telinga
Contohnya gunakan LAMPU PICIT
Kenapa?
Sebab bila sang semut sesat,dia akan mencari jalan keluar melalui cahaya yang dia nampak
Tapi kalau semut itu seekor semut yang buta macam mana?
Gunakan cara yang kedua

(2)
Masukkan setitis dua air kedalam telinga
Selepas itu cuba tonggengkan kepala(betul ke ayat ni?) supaya titisan air tu keluar semula bersama si semut
Tapi kalau semut ni tak nak keluar juga guna cara ketiga




(3)
Kalau semut masuk telinga kanan, tutup telinga kiri. Tarik nafas dalam-dalam. Tutup mulut. Tahan nafas seberapa lama yg boleh. Kalau tak keluar jugak cuba lagi beberapa kali
Dia pasti tak dapat nafas dalam tu dan terkedek-kedek keluar dengan mengibarkan bendera putih
Percaya lah:)

Kalau tak jalan juga, u'all minta tolong seorang kawan
Duduk ditepi telinga dan pegang telinga yang dimasuki semut tu
Lalu suruh kawan awak tu cuba berinteraksi dengan si semut
pujuk semut tu suruh dia keluar.Boleh ehh macam tu??Erm?
Alah mana tahu kan dia semut yang dengar kata.Kan kan??
Tak salah mencuba tapi tak payah cuba pun tak apa.Saya ni ajar benda-benda mengarut je kerja
Cara yang paling mudah tapi melayang kepingan-kepingan wang anda ialah
Jumpa doktor.
Lagi selamat mudah.
Dan nanti bila dah dapat keluarkan semut tu,ambil simpan dalam balang.Buat kenangan:)
Hahahaha



No comments:

Post a Comment