Macam nak kongsi kisah-kisah seram yang jadi pada kawan
Ini disebabkan jari-jari saya yang rajin menaip pagi-pagi ni
Ok kita mulakan dengan kisah ini dengan Bismillah..
Ceritanya.......
Sewaktu dia dalam perjalanan pulang ke kampung halaman iaitu Kuantan
Di sebabkan kerjanya yang lambat habis jadi dia terpaksa bertolak balik dari KL ke Kuantan lewat dalam lebih kurang pukul 10 malam
KL ke Kuantan perjalanannya lebih kurang 4 jam
Kisah nya bermula sewaktu dihighway
Jam masa tu lebih kurang 12 am
Malam tu dia balik sorang.
Jadi kalau dia balik sorang dia akan pasang lagu kuat-kuat
Lepas itu memekakkan diri dalam kereta
Oh ya..Lupa nak bagitahu.Kawan saya ni lelaki tau.Kalau perempuan tak adanya nak balik sorang jauh-jauh
Nak dijadikan ceritanya bila lagu yang rancak habis dan tukar pula dengan lagu yang mendayu-dayu
Lagu yang dia ceritakan tu ialah lagu Ukays-Seksa
Dengan feeling dia menyanyi sampailah part 'WALAUPUN LENAKU PANJANG..blablabla'
Dia dengar sambungan yang agak sayup tapi dapat dengar katanya
Suara tu turut menyanyi
Waw.Hantu moden..
Ok sambung balik
Suara yang sayup dan mendayu itu menyanyikan lagu tersebut dengan perbezaan liriknya
Iaitu 'WALAUPUN LIDAHKU PANJANG'
Dia yang dengar tu mula takut
Memang tak berani menyanyi
Tak berani bercakap
Tak berani menoleh
Katanya karang menoleh tak pasal-pasal ada pula yang bertanya 'Abang ada air kosong tak?Tekak saya kering la nyanyi tadi" memang demam seminggu!
Lalu dengan perasaan takut tu dia cuba mencari RnR yang berdekatan
Disebabkan takut,
Dia berhenti di RnR Temerloh dan lepak situ sampai subuh
Dan selepas kejadian itu,dia akan pulang berteman jika terpaksa balik kekampung lewat malam.
Macam ni la yang dia ceritakan kan pada saya
Tak ada tokok tambah nasi tambah telur asin sayur kangkung ok
Memang original darinya
Ingat...
Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...
No comments:
Post a Comment