Wahai suami yang soleh..
Kau mahu isterimu menjadi isteri solehah
Maka jadikanlah dahulu dirimu sebagai suami yang soleh..
Sebelum surah An-Nisa ayat 3 itu kamu hunuskan ke jiwa isterimu yang solehah itu, hayati juga surah An-Nisa ayat 129 yang merupakan amaran dan ancaman Allah kepadamu!.
Apakah kamu wahai suami telah berasa cukup soleh dengan riak memberitahu Allah bahawa ”AKU MAMPU BERLAKU ADIL WAHAI ALLAH!.. SAKSIKANLAH!!”..
(Ya, aku juga ingin menyaksikan keadilan Allah kepadamu di akhirat nanti.. moga sahaja kau tidak berjalan dengan tempang kaki di akhirat nanti!!)
Suami yang soleh itu adalah yang memahami keseluruhan isi kandung Al-Quran dan As-Sunnah dan menggunapakainya dengan jalan yang benar!!....
Bukan sekadar mengutip mengambil satu dua ayat yang SEDAP dipasakkan ke telinga dan minda isteri untuk dijadikan TAKDIR isteri..
Untuk membentuk isterimu menjadi solehah adalah dengan kau terlebih dahulu menjadi suami yang soleh.. Jangan mengharap solehah isterimu di atas kelemahan nafsumu dan kekuatan kasihnya terhadapmu.. Jadilah suami soleh yang terusan membentuk kekuatannya menjadi tiang rumahtangga di saat kau berkelana mencari nafkah utk keluarga.. Imamkan solat jemaah.. sudahkah kau khatamkan isteri dan anak-anakmu Al-Quran denga makhraj huruf dan tajwid yang sempurna?. Terisikah rumahmu dengan hadis Rasulullah setiap waktu?...
Wahai suami yang si isterinya katakan soleh itu..
Jangan kau mainkan kalam Allah untuk menundukkan ilmu isterimu dengan menggadaikan solehahnya di mata Allah.. kerana itu PENIPUAN semata-mata!.
Sedangkan Aisyah, penghuni syurga itu juga dihambat cemburu dan syak wasangka, apatah lagi isterimu yang tidaklah sesolehah mana dengan 9 nafsu dan 1 akalnya!..
Hanya kerana kau bijak memomokkan kebodohan kasih sayang isterimu yang kau katakan solehah dan bakal penghuni syurga, maka isterimu yang menginginkan syurga tanpa hisab Allah itu tanpa ilmu dan iman yang tebal terusan dipermainkan akal dan emosinya olehmu.. lantas menurut bak anak kucing hilang ibu!.
Itukah solehah yang kau ciptakan?
Isteri yang solehah itu adalah yang mengutip ilmu Allah, yang beriman dengan ilmu yang Allah kurniakan dan yang tahu hak dirinya sebagai hamba Allah..
Suami bukan hakmilik hakiki! BENAR.. dan kamu juga wahai isteri, bukan hamba abdi si suami!!.. kerana kamu wahai isteri, adalah hak milik Allah.. dan anak-anakmu adalah amanah Allah... yang juga ada hak mereka yang perlu kamu pertahankan!!..
Wahai isteri-isteri yang perasan solehah!.
Berserah kepada takdir itu adalah BODOH dan SIA-SIA..
Pasrah dan redha ada dua makna yang berbeza..
Terpisah bagai langit dan bumi jaraknya..
Hatimu yang buta dek cinta itu tidak akan dapat menaksir dan membezakannya!.
Jangan sehingga nanti, kamu tersungkur di pintu syurga dan terbenam ke lembah neraka kerana KEJAHILAN mu mencari solehah dengan jalan yang kamu rasa benar tetapi sebenarnya DUSTA!.
No comments:
Post a Comment