Tuesday, February 11, 2014

Bukan milikku

Kadang-kadang,kita perlu lepaskan apa yang kita sayang.Untuk apa?
Untuk kebahagiaan dia juga buat diri kita sendiri
Bagi diriku..
Aku telah kehilangan apa yang yang aku terlalu sayang.
Dan mustahil untuk aku perolehnya kembali..
Jadi kini...
Aku menjaga apa yang telah aku ada.
Jaga supaya tidak lagi terlepas dari genggaman
Aku sering bertanya pada diriku sendiri apa salahku sehingga sering kehilangan?
Adakah aku tidak bersyukur dgn apa yang telah aku ada?
Memang pernah aku mengeluh untuk memperoleh yang lebih baik..adakah itu puncanya?Atau ianya balasan atas dosa-dosaku yang lalu?
Atau ianya ujian Allah untuk lebih mematangkan diri?
Ya Allah..Kali ini..
Aku kehilangan syurgaku
Seseorang yang sangat aku sanjung
Sangat aku kasih
Hati ini meronta-ronta tidak dapat menerima
Tidak kerana aku terlalu sayang..

Aku mohon petunjuk dariNYA..
Dan DIA telah gerakkan hati ini untuk melepaskan sahaja.
Kerana aku yakin yang dia bukan ditakdirkan untukku.
Dan aku bukan buatnya..
Dan sekarang..
Syukur Tuhan..
KAU berikan aku kekuatan juga kesabaran untuk mengharungi hari-hari mendatang
Aku yakin...
Jika benar dia jodohku..Dia pasti milikku..
Dan jika tidak,seribu cara pun aku mencuba,dia tetap akan pergi.
Kerana dia tidak dicipta untuk menjadi pemimpinku di ArasMU.
Dan aku tidak tercipta untuk menjadi ketua bidadarinya di SANA..

Thursday, February 6, 2014

To my LOVE


Happy Birthday Harsy ku buchuk!
I am truly blessed to have u in my life...
Thank you for being a good husband and great papa
u are the best husband in the world SAYANG

Saturday, February 1, 2014

Aku sedih.Dia lebih sedih

Aku pernah melihat satu kisah yang lebih pedih..Lebih sedih ceritanya..Lebih sakit penderitaannya..
Tapi dia tetap tabah..
Tabah mengharungi hari-hari mendatang..
Dengan sabar tanpa mengeluh..
Sangat cekal hatinya..Sehinggakan aku bertanya pada diriku sendiri.
Mampukah aku menjadi sepertinya??
Dengan kudrat nya yang masih tersisa.
Digunakan sepenuhnya buat insan-insan yang dia kasihi
Buat pelajaran anak-anaknya
Yang mana dia terpaksa bekorban walau dia hanya memakai pakaian lusuh juga carik..
Kerana wang yang sepatutnya digunakan untuk diri sendiri telah dia gunakan untuk keperluan anak-anaknya.
Sangat sedih aku mendengar kisahnya.
Ya Allah..Tabahnya hati insan mulia ini..
Tak pernah kenal erti penat.Tidak pernah tahu erti lelah..Hanya untuk membesarkan insan-insan kesayangan.
Hanya untuk melihat mereka berjaya didunia mahupun akhirat.
Dan wahai anak!
Ingatlah akan kesusahan ibumu ini..
Jangan nanti saat kamu senang,kau lupa akan pengorbanannya untuk menjadikan kamu seberjaya ini..
Ingatlah setinggi mana pun kedudukanmu,kejayaanmu disana kelak terletak di atas keredhaan ibumu hari ini..

Ya Allah.Kau pelihara ibuku..Walau dimana pun dia berada..Kasihanilah dia sepertimana dia mengasihani aku sejak kecilku..Tempatkanlah dia dalam golongan orang-orang yang beriman.AMIN

Sabar itu indah

PERCAYALAH..
Apabila seseorang sanggup bersabar dengan sikap kamu di mana mungkin negatif dimata orang lain,itu bermakna orang itu benar-benar sayang akan kamu.
Apabila seseorang sanggup mengalah dengan kamu padahalnya dia tidak salah,itu bermakna dia tidak mahu terus bertengkar denganmu.
Apabila seseorang sanggup mengubah sikapnya yang kurang digemar kamu, itu bermakna dia menghormati pendapatmu.

Dan apabila dia benar-benar SABAR,Jangan pula kamu menguji keSABARANNYA itu.
KERANA.....
Apabila dia telah 'give up' , jalan terakhirnya ialah pergi MENINGGALKAN kamu.