Aku pernah melihat satu kisah yang lebih pedih..Lebih sedih ceritanya..Lebih sakit penderitaannya..
Tapi dia tetap tabah..
Tabah mengharungi hari-hari mendatang..
Dengan sabar tanpa mengeluh..
Sangat cekal hatinya..Sehinggakan aku bertanya pada diriku sendiri.
Mampukah aku menjadi sepertinya??
Dengan kudrat nya yang masih tersisa.
Digunakan sepenuhnya buat insan-insan yang dia kasihi
Buat pelajaran anak-anaknya
Yang mana dia terpaksa bekorban walau dia hanya memakai pakaian lusuh juga carik..
Kerana wang yang sepatutnya digunakan untuk diri sendiri telah dia gunakan untuk keperluan anak-anaknya.
Sangat sedih aku mendengar kisahnya.
Ya Allah..Tabahnya hati insan mulia ini..
Tak pernah kenal erti penat.Tidak pernah tahu erti lelah..Hanya untuk membesarkan insan-insan kesayangan.
Hanya untuk melihat mereka berjaya didunia mahupun akhirat.
Dan wahai anak!
Ingatlah akan kesusahan ibumu ini..
Jangan nanti saat kamu senang,kau lupa akan pengorbanannya untuk menjadikan kamu seberjaya ini..
Ingatlah setinggi mana pun kedudukanmu,kejayaanmu disana kelak terletak di atas keredhaan ibumu hari ini..
Ya Allah.Kau pelihara ibuku..Walau dimana pun dia berada..Kasihanilah dia sepertimana dia mengasihani aku sejak kecilku..Tempatkanlah dia dalam golongan orang-orang yang beriman.AMIN
No comments:
Post a Comment