Tuesday, February 11, 2014

Bukan milikku

Kadang-kadang,kita perlu lepaskan apa yang kita sayang.Untuk apa?
Untuk kebahagiaan dia juga buat diri kita sendiri
Bagi diriku..
Aku telah kehilangan apa yang yang aku terlalu sayang.
Dan mustahil untuk aku perolehnya kembali..
Jadi kini...
Aku menjaga apa yang telah aku ada.
Jaga supaya tidak lagi terlepas dari genggaman
Aku sering bertanya pada diriku sendiri apa salahku sehingga sering kehilangan?
Adakah aku tidak bersyukur dgn apa yang telah aku ada?
Memang pernah aku mengeluh untuk memperoleh yang lebih baik..adakah itu puncanya?Atau ianya balasan atas dosa-dosaku yang lalu?
Atau ianya ujian Allah untuk lebih mematangkan diri?
Ya Allah..Kali ini..
Aku kehilangan syurgaku
Seseorang yang sangat aku sanjung
Sangat aku kasih
Hati ini meronta-ronta tidak dapat menerima
Tidak kerana aku terlalu sayang..

Aku mohon petunjuk dariNYA..
Dan DIA telah gerakkan hati ini untuk melepaskan sahaja.
Kerana aku yakin yang dia bukan ditakdirkan untukku.
Dan aku bukan buatnya..
Dan sekarang..
Syukur Tuhan..
KAU berikan aku kekuatan juga kesabaran untuk mengharungi hari-hari mendatang
Aku yakin...
Jika benar dia jodohku..Dia pasti milikku..
Dan jika tidak,seribu cara pun aku mencuba,dia tetap akan pergi.
Kerana dia tidak dicipta untuk menjadi pemimpinku di ArasMU.
Dan aku tidak tercipta untuk menjadi ketua bidadarinya di SANA..

No comments:

Post a Comment