Malam ini..
Dalam gelap bertemankan sebatang pen bersama sebuah diari,aku coretkan kisah hidupku yang penuh liku-liku..
Dugaan demi dugaan yang perlu aku tempuh demi membesarkan adik-adik kesayangan yang hilang punca selepas keluarga berpisah..
Perpisahan ibu juga ayah menyebabkan hidup mereka tiada pembelaan..
ditinggal tak dipeduli nak lepas tak dikasi..
walau bermacam konflik yang bergolak dalam diri.pelbagai masalah yang melandaku kini,tapi rela ku ketepikan demi melihat adik2 ku tersenyum kembali..
Aku mengatur langkahku walau diri ini masih lemah fizikal juga mental masih terganggu dengan kehilangan zuriat yang dinanti kelahiranya,tapi masih aku gagahkan diri untuk berdiri kuat dihadapan mereka yang dikasihi..Aku bersyukur YA ALLAH..
KAU permudahkan jalan2 ku yang sempit..Kini aku mengatur perjalanan hidup yang baru bersama anak dan adik-adik..
Semoga suatu hari nanti kami pulang dengan membawa kejayaan yang membanggakan.
AMIN
No comments:
Post a Comment