Thursday, August 21, 2014

Berhalusinasi

Butakah mata
Tak melihat yang nyata
Apa ertinya cinta
Sedang hati tak merasa

Ku sangka bisu
Kau tak mahu diganggu
Rupanya itu tanda
Kau sudahpun tak ambil kisah

Tercabar diriku yang percaya
Selama ini mencintai dirimu
Lebih dari sepenuh jiwaku

Kini bila bersendiri
Barulah rasa sedih hati
Berhenti berhalusinasi

Jika kau pinta rujuk semula
Pada saat itu kau kan tahu
Setiaku hanya halusinasimu

Dalamnya luka
Hatiku yang tercalar
Kau guris tanpa sedar
Setelah puas diperguna

Ku pendam pilu
Kerana masih mahu menunggu
Cinta kembali subur
Namun harapanku terkubur


No comments:

Post a Comment