Pelbagai kata fitnah yang diberi
Bermacam kata keji caci maki
Tapi telah daku berjanji berdiam diri
Biarkan ianya berlalu pergi
Hati ini kuubati
Dengan kesibukan kerja mencari rezeki
Anak dan keluarga pendorong diri
Kuat disini melangkahnya kaki
Berjanji tidak daku menoleh lagi
Jalan ini ku pilih kerana Ilahi
Memikul tanggungjawab yang telah diberi
Bagi melihat kegembiraan diwajah mereka yang dikasihi
Penat lelah kesana kemari
Tetap daku harungi tetap ku gagahi
Semoga hasilnya mereka lihat nanti
Yang daku mampu hidup berdikari
Berjaya menjadi seperti mereka yang dihormati
Dan disanjung tinggi kerana kejayaan yang digenggami..
InsyAllah bersama restu ibu daku kemari
Segala nasihatnya daku dengari
Keberkatan dalam kejayaan yang daku ingini
Dengan izin allah pasti aku rasai
Amin
No comments:
Post a Comment