Me: Sori la awak,saya susah nak bercakap sebab mulut ada ulcer.
U: Ada ulcer?Orang cakap punca ulcer ni sebabnya kurang mandi.
Me:Amboi sedap mulut suka hati awak je kata kita ni kurang mandi
U: Hahahaha...............................................................................
Sebab ni la entri pasal ulcer ni muncul.
Awak nanti baca ya
Bukan sebab tak mandi or kurang mandi ok:)
_____________________________________________________
Apa itu ulcer?
Ulcer ialah luka kecil yang tumbuh didalam mulut
Tanda-tandanya bulat dan berwarna putih/kuning
Saiznya tidak melebihi 2 hingga 3 mm
Ia akan sakit apabila luka tersebut bersentuhan dengan makanan atau minuman
Ianya tidak berjangkit
Siapa yang sering mendapat ulcer?
Ia terjadi pada semua orang. Orang perempuan mungkin lebih kerap mengalaminya, terutamanya semasa mengandung dan pada waktu kedatangan haid.
Sebab terjadinya ulcer?
Cedera seperti tergigit, terkena benda yang tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya
Daya tahan sakit anda yang lemah
Kekurangan zat dalam makanan zat yang diambil
Tekanan perasaan(stress)
Alahan pada makanan
Mempunyai penyakit seperti SLE dan penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman
Pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).
Langkah-langkah pencegahan
Jauhi makanan yang terlalu banyak rempah.
Kurangkan air berasid.
Gunakan antiseptik untuk berkumur.
Letak gel untuk ulser di tempat yang kena. Persediaan OTC seperti Bonjela boleh diletak. Untuk yang lebih berkesan anda boleh dapatkannya dari farmasi.
Dan ubat yang sering saya gunakan bila terkena ulcer ialah
U'all boleh dapatkan benda ni di watsons
Minum air dengan banyak.
Letak sedikit ais di tempat yang kena untuk melegakan sakit.
Elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil vitamin B kompleks dan / atau Arcalion.
Ambil mineral zink dan zat besi.
Tambah pengambilan asid folik dan vitamin B 12.
Vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut.
Untuk meningkatkan sistem imune (daya tahan sakit), ambil lebih vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
Pengambilan probiotik seprti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau ambil yougurt) mungkin boleh membantu.
Buat pemeriksaan lanjut
Anda perlu membuat pemeriksaan lanjut sekiranya :
Ulser yang anda alami agak besar, melebihi 2 mm
Ulser berdarah.
Tidak sembuh dalam masa 3 minggu.
P/s: Anda perlu membuat pemeriksaan untuk menentukan keadaan sebenarnya. Ulser yang serius seperti di atas mungkin disebabkat6n oleh perkara-perkara lain seperti kanser mulut atau STD.
Hehehe saje kacau kmu mumy
ReplyDeletethanks.....heheheee...sakit ni....baru tau nape...ingatkan sakit gusi biase je tadi....ade tanda2 putih tu...ari tu da cungkil gune pisau...ade luka2....ni tadi plak cunkil gune pisau....adoiii...
ReplyDelete