Monday, May 19, 2014

Bersabarlah


Hendak aku kata sudah tiada suara
Hendak aku menangis tidak lagi  berair mata
Terkadang aku sering bermolonog sendiri
"apa salahku hingga aku dibenci"
"kenapa aku dilayan sebegini"

Terkadang saat aku rungsing,syaitan dengan pantasnya berbisik padaku
"Mereka jahat,mereka tak mahu lihat kamu senang"
Bisikan itu benar membuat diri menanam kebencian
Sedangkan kita tidak boleh membenci sesama manusia walau sejahat manapun dia
Dan hati yang sedang membara dengan api kemarahan padam kerana disimbah dengan rasa kasih sayang
Aku cuba untuk memupuk rasa suka kepada mereka yang membenciku
Rasa ingin mengenali mereka yang menghinaku
Mungkin disebalik kekerasan mereka tersimpan kelembutan juga kebaikan yang tak pernah aku tahu
Kerana mereka juga manusia
Ditiup setiap rasa kedalam roh sejak mula melihat dunia
Dan cabaran yang perlu aku tempuhi ialah memekakkan telinga jika dicaci
Membiarkan jika dimarahi
Kerana yang pahit pasti akan manis akhirnya
InsyAllah
Dan tangan ini tidak pernah berhenti menadah bagi memohon keampuan juga kelembutan hati buat mereka daripada yang Maha Kuasa
Semoga doaku diijabah ALLAH




No comments:

Post a Comment