Monday, May 19, 2014

La Tahzan!

Telah ku lalui hari-hari ku yang mencabar.
Tanpa kasih sayang ibu bapa
Tanpa bahagianya berkeluarga
Apa mungkin dulu aku lupa diri?
Lupa akan Pemberi Nikmat dan kini rasa bahagia yang dipinjamkan di ambil kembali

Sukar aku mengukir kembali senyuman diwajah sayu apabila terkenangkan kenangan lalu
Sakit
Hanya DIA yang tahu
Betapa hati Rindu

Mulanya rasa sakit itu tidak terlalu ketara dirasa
Kerana aku punya dia
Yang memujuk disaat hampa
Menggeletek hati dikala duka
Tapi kini dia pergi
Perginya tanpa kata
Membuat hati bertambah luka

Hari demi hari aku cuba terima
Dan akhirnya aku berjaya
Berjaya melawan rindu membabi buta

Diriku semakin kuat menangkis rasa kecewa
Aku gagah kerana mereka
Mereka yang aku cinta
Janjiku untuk menjaga
Hinggalah aku tiada
Mereka yang utama
Suka duka gelak ketawa hanya kami bersama
Janji aku untuk setia
Selamanya

Buat kamu yang pergi entah kemana
Jangan pernah kembali pada ku yang telah kamu biar merana
Jangan pernah cuba menghampiri jika tiada niat untuk menjaga
Aku tidak mungkin kembali untuk cinta sia-sia
Itu juga janjiku pada mereka

Buat ibu bapa yang diingati dalam setiap baris doa
Semoga hidup diberkati juga dirahmati oleh yang Maha Esa
Walau dimana kamu berdua berada
Kasih sayang kami tetap ada
Tidak pernah padam walau berlalu masa
Kerana kamu berdua tetap ibubapa kami SELAMANYA..

No comments:

Post a Comment