Tidak percaya dengan kewujudan Tuhan. Tidak percaya dengan takdir. Hanya percaya kepada kemampuan sendiri. Persekitarannya yang dulu menjadikannya begitu.
Dia tidak beragama. Dia free thinker. Dia hanya yakin dengan sains.
Dia sering mengaju soalan yang menghimpit. Yang sering buat aku tersepit. Dia mengaju soalan logik akal. Tapi aku belum bijaksana menjawab dengan logik akal. Ahh, itu silap sendiri tidak mahu menuntut ilmu.
Terkadang aku terfikir, mengapa aku yang diletak di situ. Mengapa aku yang didesak begini. Mengapa aku? Lalu hati berbisik..Tidakkah engkau yakin dengan takdir Tuhanmu? Adakah kau mahu mempersoalkan ketentuan-NYA? Adakah engkau lebih tahu lebih daripada apa yang DIA tahu? Apa hakmu terhadap dirimu? JAWAB!
Kolam mata pecah. Aku tidak mempu menahannya lagi. Aku lemah. Aku tidak sekuat yang mereka nampak. Aku tidak sehebat yang mereka lihat. Aku adalah aku. Aku yang penuh kelemahan. Aku yang penuh kekurangan. Aku yang masih bertatih mengejar hidayah. Aku yang masih merangkak di medan ilmu. Aku..yang masih dibelakang dalam perjuangan.
Aku pernah katakan dulu, aku cemburu dengan mereka. Aku cemburu dengan mereka. Aku cemburu dengan mereka. Daripada kecil hingga dewasa, sentiasa dikelilingi kedamain tarbiyah. Sedang aku? Perlu melepasi lorong duri.
Maafkan aku Ya Robbi. Bukan mahu mempersoalkan takdir-MU. Apatah lagi berputus asa dengan rahmat-MU. Aku sekadar meluah rasa, yang Kau Maha Tahu berapa lama sudah terpendam. Hanya mahu menyedarkan diriku, bahawa aku masih jauh daripada-MU.
Damai. Tenang. Setelah dapat meluah isi hatiku. Aku yakin Kau mendengar dan melihatnya. Aku yakin Kau sedang mengatur sesuatu yang indah buatku. Sebab itu aku diletakkan dalam situasi begini. Supaya aku lebih kuat menghadapi hari mendatang. Supaya aku tidak mudah rebah bila menerima tempias dugaan. Supaya aku tidak mudah lupa apabila dalam kesenangan. Supaya aku lebih yakin dengan pertolongan-MU, kerana Kau tidak pernah jauh.
Sekali lagi hati berbisik. Orang yang diuji itu sebenarnya beruntung. Beruntung kerana ALLAH memilihnya untuk diuji. Kerana Allah menumpukan perhatian kepadanya. Kerana ALLAH mahu dia sentiasa dekat.
Ya, sangat beruntung mereka yang diuji.
Alhamdulillah.
Pandang ke atas. Pandang semula ke bawah.
Berapa ramai orang yang lalai kerana tidak pernah diuji kesusahan?
Berapa ramai orang yang hebat kerana pernah diuji kepayahan?
Tepuk dada. Tanya Iman.
Ujian manusia ini berbeza.
ALLAH MAHA KAYA
Tidak akan menganiaya hamba-NYA
Hanya manusia itu terkadang menganiaya dirinya sendiri.
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akbar
Segala puji dan puja hanya untuk-MU
Moga Allah Redha. Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment